5 Cara Untuk Mengguna Semula Paket Susu
Jika tabiat anda adalah untuk membuang paket susu anak anda - berhenti! Ini adalah senarai untuk menggunakannya semula dengan cara yang menyeronokkan. Bukan saja anda boleh kenalkan anak anda kepada konsep kitar semula, ini merupakan projek DIY yang cukup sesuai.
1. LAMPU TAMAN
Terangi taman pada waktu malam dengan lampu kecil anggun yang diperbuat daripada paket susu. Aktiviti riang bersama keluarga dengan mengulung dan menghias.
2. KOTAK BOT
Galakkan anak anda menggunakan kreativiti dengan paket susu untuk menghasilkan kotak bot yang menyeronokkan pada waktu mandi.
3. KOTAK BENIH
Kenalkan anak anda kepada dunia perkebunan dengan projek DIY yang mudah ini, pasti mereka akan teruja melihat paket susu kosong berubah menjadi kotak benih tumbuhan.
4. KOTAK KERETA KUASA BELON
Reka cipta sebuah mainan daripada paket susu. Anda hanya perlukan sebiji belon dan sebuah kotak susu kosong, empat penutup botol dan beberapa barangan isi rumah untuk membina kereta kuasa belon yang akan digemari anak anda.
5. DOK PENYUSUN MEJA
Tak sangka dengan sebuah kotak susu kosong, sedikit kerja gunting dan hiasan boleh menjadikan meja anak anda lebih kemas.