Ambillah Protein Tenusu. Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Anda – Ikuti Perkongsian Nutrionist

ambillah-protein-tenusu-tingkatkan-sistem-pertahanan-badan-anda-ikuti-perkongsian-nutrionist

Dengan peningkatan kes Covid-19 yang agak merisaukan sejak kebelakangan ini, pasti ramai di antara kita yang mula mengambil langkah berjaga-jaga bukan?

Ada yang mula mengurangkan aktiviti di luar rumah, ada juga yang mula mengamalkan makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya untuk meningkatkan keupayaan sistem pertahanan badan kita dan juga keluarga tersayang agar terlindung dari penyakit tidak diingini.

Tapi, tahukah anda bahawa protein memainkan peranan penting dalam menyokong sistem pertahanan tubuh? Jom kita ikuti perkongsian daripada Cik Liew Yen Lee, Nutritionist dari Fonterra Brands Malaysia tentang pengambilan tenusu untuk diet seimbang.

PRODUK TENUSU MEMBEKALKAN PROTEIN TINGGI    

Penting untuk anda tahu bahawa tidak semua makanan berprotein tinggi merupakan sumber protein yang berkualiti. Haa apa bezanya? Cik Liew menegaskan bahawa protein dari sumber tenusu merupakan salah satu sumber protein berkualiti berbanding  sumber protein dari tumbuh-tumbuhan seperti kekacang.

Protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino perlu (essential amino acid) yang diperlukan oleh badan. ‘Asid amino perlu’ ini merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita, dan perlu diambil dari sumber makanan setiap hari.

‘ASID AMINO PERLU’ PENTING UNTUK BADAN

 ‘Asid amino perlu’ penting untuk membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan kita. Sekiranya terdapat kekurangan dalam mana-mana ‘asid amino perlu’, badan kita tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Oleh itu, anda disaran untuk mengamalkan pengambilan susu secara konsisten setiap hari bagi membantu tubuh mendapatkan sumber protein berkualiti tinggi  dalam diet seimbang. 

KEKURANGAN PROTEIN SEBAGAI SALAH SATU FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DAYA TAHAN TUBUH        

Kredit foto – Pediatric Partners

Kekurangan protein harian bakal menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan antibodi. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi proses pemulihan badan apabila dijangkiti penyakit.

Hal ini kerana protein memainkan peranan penting untuk membina komponen (contoh, antibodi) yang terlibat dalam fungsi sistem pertahanan badan dan membantu memulihkan tisu-tisu badan dalam mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit.

ORANG DEWASA PERLUKAN LEBIH BANYAK PROTEIN 

Kredit foto – SHRM

Keperluan protein untuk badan adalah berbeza mengikut peringkat umur dan jantina. Lazimnya, orang dewasa memerlukan lebih banyak protein berbanding kanak-kanak.      

Sebagai contoh, wanita yang berumur 30 tahun memerlukan 52g protein sehari, manakala kanak-kanak perempuan yang berusia 7 tahun memerlukan 23g protein sehari.               

TIDUR YANG CUKUP JUGA PENTING

Kredit foto – The Economic Times

Bagi yang tidak tahu, pengambilan susu suam sebelum tidur dipercayai sebagai salah satu cara yang membantu untuk menenangkan badan.

Ini berkait rapat dengan sejenis asid amino dalam susu dikenali sebagai triptofan. Ianya penting dalam menyokong penghasilan hormon (1) yang terlibat dalam proses tidur dan tidur yang mencukupi adalah penting bagi menyokong sistem pertahanan yang baik yaa..

Lagi-lagi untuk anda yang selalu sibuk dengan urusan harian, jika tidak cukup tidur pasti anda akan berasa lesu pada keesokan hari sehingga boleh menjejaskan produktiviti anda. 

KENALPASTI SUMBER PROTEIN MELALUI LABEL PRODUK

Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengenal pasti sumber protein yang terdapat dalam sesuatu produk, sila rujuk pada label makanan produk tersebut. Kebiasaanya, ramuan makanan yang tersenarai adalah mengikut nisbah kandungan tertinggi sehingga yang paling rendah.

               

Sebagai contoh, jika merujuk kepada label makanan yang tertera pada Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf. Ramuan pertama adalah susu tepung yang membekalkan sumber protein berkualiti tau!

Kami menyarankan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf sebagai pilihan utama kerana berdasarkan nasihat nutritionist Cik Liew, Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf adalah diperbuat daripada 100% susu New Zealand yang membekalkan protein tenusu (sumber protein berkualiti tinggi) untuk diet seimbang anda dan keluarga.

Malah, berdasarkan carian team Sirap Limau, Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand – salah satu negara penternak tenusu terbaik di dunia, di mana lembu-lembu mendapat jagaan yang sebaiknya untuk menghasilkan susu secara semulajadi. 

Setiap hidangan susu tepung penuh krim Fernleaf membekalkan protein bersamaan 1.3 biji telur. Ia juga mengandungi nutrisi semulajadi dari susu seperti kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12. Hidangan Susu Tepung  Penuh Krim Fernleaf yang disyorkan adalah sebanyak 2-3 gelas setiap hari.

SUSU TEPUNG PENUH KRIM FERNLEF BUKAN SETAKAT SEDAP DIMINUM

Foto kredit – Shutterstock, Istock dan All White Background

Malah, tak keterlaluan rasanya kalau kami katakan susu tepung ini juga lebih ‘versatile‘ untuk digunakan sebagai gantian dalam banyak ramuan masakan.

Contohnya, ia boleh dijadikan sebagai pengganti kepada santan bagi hidangan seperti kari. Untuk pencuci mulut pula, Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf boleh dijadikan bahan untuk puding, biskut dan sebagainya.  Ia senang dibeli dan disimpan tanpa perlu dimasukkan dalam peti sejuk. Ia sedap diminum dan lazat dalam masakan.

Jadi, tak perlulah anda runsing lagi macam mana carannya nak pastikan keluarga anda dapat menikmati hidangan berkhasiat. Fernleaf kan ada! Mudah untuk dinikmati dan yang paling penting ia membekalkan protein berkualiti tinggi.

Ingat ya, protein tenusu membekalkan sumber protein yang membantu membina dan membaiki tisu badan. Adalah penting untuk kita menyokong sistem pertahanan badan yang baik dengan mengambil protein dalam diet seimbang. Selamat mencuba!

Rujukan

(1)  Sanlier N & Sabuncular G. (2020). Sleep Biol. Rhythms 18, 89–99.

 

Kredit artikel dari Sirap Limau: https://siraplimau.com/ambillah-protein-tenusu-tingkatkan-sistem-pertahanan-badan-anda-ikuti-perkongsian-nutrionist/