Bantut Tak Boleh Dirawat – Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Bab Tumbesaran Anak!
Adalah menjadi harapan setiap ibu bapa agar anak-anak mereka membesar dengan baik. Tapi, tahukah anda bahawa anak anda berisiko mengalami masalah tumbesaran sekiranya tidak dipantau dari awal lagi?
Memandangkan topik ini jarang diketengahkan, jadi kali ini kami bawakan khas perkongsian pakar iaitu Dr Wan Azdie bin Mohd. Abu Bakar, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Pemakanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk membantu ibu bapa memahami serba sedikit tentang masalah tumbesaran atau ‘bantut’ khususnya di kalangan kanak-kanak Malaysia.
SITUASI DI MALAYSIA AGAK MEMBIMBANGKAN
Menurut Dr Wan Azdie, walaupun negara kita merupakan sebuah negara yang maju, tetapi statistik menunjukkan kejadian bantut terus berlaku dan bilangannya semakin meningkat di Malaysia.
Dr Wan Azdie (kiri)
Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS 2019) menunjukkan 21.8% kanak-kanak mengalami bantut, berbanding 17.7% pada 2015 dan 16.6% pada 2011.
Melihat kepada kesan buruk dan jangka panjang daripada kebantutan, Dr Wan Azdie menegaskan bahawa keadaan ini perlu diperbetulkan kerana ia sebenarnya boleh dicegah pada peringkat awal.
1. APA ITU BANTUT?
Kalau anda nak tahu, bantut atau ‘stunted’ adalah masalah pertumbuhan atau tumbesaran terganggu yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu gagal mencapai pertumbuhan yang optimal sekaligus mengakibatkan ketinggiannya jauh lebih rendah berbanding rakan sebaya yang lain.
Kredit Gambar: Pa&Ma
Tambah Dr Wan Azdie, bantut seringkali terjadi akibat masalah pemakanan seperti kekurangan zat makanan atau disebabkan jangkitan penyakit yang berulang.
Kebiasaannya, bantut berlaku ketika peringkat kanak-kanak kerana pada waktu itulah pertumbuhan atau tumbesaran berlaku dengan cepat. Namun, kebantutan ini akan memberi kesan berlanjutan sehingga dewasa.
2. TAK BOLEH DIRAWAT
Walaupun terdengar biasa pada sesetengah orang, masalah bantut ini sebenarnya tak boleh diambil mudah kerana ia adalah suatu keadaan yang tak dapat dirawat, sebaliknya hanya dapat dicegah.
Berkongsi pandangannya dalam bidang pemakanan dan kesihatan, Dr Wan Azdie berkata rawatan yang tersedia adalah bergantung kepada punca atau penyebab kebantutan itu sendiri.
Kredit Gambar: Berita Harian
Pada peringkat awal, pakar kanak-kanak perlu memastikan anak anda bebas daripada sebarang penyakit yang menyebabkan bantut. Setelah itu, pakar pemakanan atau dietitian pula perlu menyusun semula pola pengambilan makanan dengan mencadangkan terapi pemakanan yang sesuai untuk peringkat tumbesaran kanak-kanak.
3. BAGAIMANA NAK KENAL PASTI?
Menurut Dr Wan Azdie, kebantutan mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada peringkat awal. Oleh itu, pemeriksaan berkala di klinik-klinik kesihatan amat diperlukan.
Ibu bapa juga disarankan untuk belajar menggunakan carta tumbesaran (growth chart) untuk mengukur tinggi anak-anak dan membandingkannya dengan carta tersebut. Pastikan tinggi anak-anak anda berada dalam lingkungan yang sesuai untuk peringkat umurnya.
Kredit Gambar: theAsianparent.com
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan bahawa seseorang kanak-kanak itu boleh dikategorikan mengalami kebantutan jika mereka mempunyai ukuran tinggi-bagi-umur di bawah median piawai pertumbuhan kanak-kanak (berdasarkan WHO Growth Chart for Children) lebih rendah daripada dua sisihan piawai (standard deviation).
4. CEGAH BANTUT DENGAN KESEDARAN AWAL
Bimbang dengan keadaan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pelbagai program kesedaran dan pemulihan seperti Program 1000 Hari Pertama Kehidupan.
Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan yang sempurna bermula daripada fasa awal kehamilan lagi. Pemeriksaan berkala semasa mengandung adalah perlu untuk memastikan janin membesar dengan baik.
Selain itu, penjagaan pemakanan dan kesihatan yang sempurna dalam tempoh ini bukan saja dapat mencegah bantut malah mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan lain-lain.
5. SUSU PENTING UNTUK TUMBESARAN ANAK
Kanak-kanak perlu meneruskan mengambil susu dan produk tenusu selain daripada mengambil diet yang seimbang walaupun selepas mencapai umur 1 tahun. Pemantauan berkala juga wajib dilakukan termasuklah pemberian imunisasi mengikut jadual yang betul bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Kredit Gambar: theAsianparent.com
Menurut Dr Wan Azdie, pada peringkat ini ramai ibu bapa yang terlepas pandang. Kebiasaannya apabila anak mula makan makanan keluarga, pemberian susu dikurangkan lalu terhenti sedangkan hakikatnya pemberian susu sebaiknya diteruskan. Jadi, pemilihan susu amat penting untuk menyokong keperluan nutrien kanak-kanak dalam tempoh tumbesaran ini.
Tambah Dr Wan Azdie lagi, banyak kajian yang menunjukkan kanak-kanak yang terus diberikan susu sebagai sebahagian amalan pengambilan pemakanan seimbang membesar dengan lebih baik dan mempunyai risiko bantut yang jauh lebih rendah berbanding kanak-kanak yang berhenti minum susu lebih awal.
6. TIPS UNTUK ANDA!
Apabila ditanya mengenai langkah pencegahan, Dr Wan Azdie berkata ia perlu bermula dari awal. Pertama sekali, pasangan yang baru berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak perlu melengkapkan diri dengan ilmu pemakanan dan kesihatan yang cukup.
Selain itu, Dr. Wan Azdie juga berkata amalan meminum susu dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Jadi, kita perlu mulakan dengan keluarga sendiri dengan membiasakan minum susu. Ingat, anak-anak biasanya meniru perlakuan ibu dan ayah.
Berpandukan Piramid Makanan Malaysia, kita dicadangkan untuk minum susu dan ambil produk tenusu 1 hingga 3 sajian sehari.
Kredit Gambar: theAsianparent.com
Aktiviti fizikal juga perlu untuk merangsang pertumbuhan kanak-kanak. Jadi, biarkan mereka bermain dan lebih elok lagi jika anda ikut serta bermain dengan anak anda.
Pastikan diet anak anda bervariasi. Selain dari sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak-anak, pelbagaikan juga sumber protein yang berkualiti seperti ikan, ayam, daging, telur termasuklah susu.
TAK TAHU NAK PILIH SUSU KANAK-KANAK MANA YANG SESUAI?
Memandangkan ada banyak jenama susu kanak-kanak yang berada di pasaran, kami yakin mesti anda runsing nak memilih jenama yang mana. Jangan risau, team Sirap Limau akan bantu!
Hasil carian kami, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf antara yang terbaik kerana ia diperbuat dengan susu dari New Zealand, dipekkan di Malaysia dan disahkan Halal oleh Jakim.
Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Fernleaf hadir dalam 2 formulasi khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan 4-6 tahun.
Kredit Gambar: Fernleaf
Kedua-dua susu tepung rumusan untuk kanak-kanak ini mengandungi nutrisi penting, termasuk 5x DHA (berbanding dengan kandungan rumusan sebelum ini) dan Nutricare™. Ia adalah penting untuk ibu bapa menyokong perkembangan si manja anda. Ini antara nutrisi penting yang terdapat dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak tersebut:
- Protein tinggi – Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan
- Kalsium tinggi – Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat
- Vitamin A Tinggi – Penting untuk fungsi mata
- Vitamin C Tinggi – Menyumbang bagi penyerapan zat besi daripada makanan
- Vitamin E Tinggi – Melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan
- Selenium & Kuprum – Nutrien-nutrien penting dalam diet harian yang seimbang
- Zink – Penting untuk pertumbuhan
- Zat Besi – Adalah faktor dalam pembentukan sel darah merah
- Lebih menarik, variasi Biasa Susu Tepung Rumusan Kanak-kanak Fernleaf ini diformulasi dengan 0% sukrosa tambahan. Ia juga terdapat dalam variasi perisa Madu dan Coklat untuk kanak-kanak yang menyukai rasa selain daripada susu biasa.
Ingat pesan Dr Wan Azdie, tabiat yang baik bermula daripada keluarga kita sendiri. Jadi, teruskan memberi susu kepada kanak-kanak dan jadikan ia suatu tabiat yang boleh dibawa hingga dewasa.
Kredit artikel dari Sirap Limau: https://siraplimau.com/bantut-tak-boleh-dirawat-ibu-bapa-jangan-ambil-mudah/