Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Doktor Ini Ada Nasihat Untuk Anda

susu-punca-anak-hiperaktif-kurang-selera-makan-doktor-ini-ada-nasihat-untuk-anda

Lambakan produk susu dengan pelbagai jenama di pasaran sedikit sebanyak membuatkan ramai ibu bapa di luar sana mula runsing untuk membuat pilihan. Tak kurang juga, ada pula yang langsung tak ambil peduli tentang kandungan di dalamnya.

Baru-baru ini kami berpeluang menemu ramah seorang doktor perubatan iaitu Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman berkenaan topik pemilihan susu untuk seisi keluarga. Ini antara tips dan fakta yang beliau kongsikan untuk anda!

1. JENIS-JENIS SUSU

Susu mengandungi nutrisi yang baik dan anda disarankan untuk minum setiap hari. Sememangnya susu segar adalah pilihan yang terbaik, namun ia mungkin kurang sesuai bagi sesetengah orang yang perlu berjimat dan tak punya masa untuk mendapatkannya dengan kerap kerana susu segar biasanya lebih cepat rosak.

Menurut Dr. Suriyakhatun, tak salah jika anda cuba mendapatkan nutrisi melalui susu yang telah diproses seperti susu UHT. Walau bagaimanapun, susu jenis ini sudah dipanaskan pada suhu yang tinggi dan khasiatnya telah berkurangan kecuali jika ia diperkayakan dengan nutrien penting dalam prosesnya.

Secara alternatifnya, anda boleh memilih susu tepung seperti full cream kerana ia merupakan susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying. Proses ini mengekalkan kebanyakkan nutrisi semula jadi dalam susu tersebut.

2. FULL CREAM SUSU PALING IDEAL

Segelas susu penuh krim atau full cream mengandungi peratusan lemak yang paling banyak, iaitu sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemaknya, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim.

Walaupun ramai yang ‘takut’ dengan lemak, namun susu inilah yang paling sesuai untuk anak kecil kerana mereka memerlukan kandungan asid lemak yang terkandung di dalamnya bagi perkembangan optimum tubuh.

Paling menarik, susu jenis ini jugalah yang sesuai digunakan untuk dicampurkan ke dalam kopi untuk menghasilkan kopi susu ala barista. Kalau anda jenis tak suka minum susu, boleh cuba cara ini. Sedap tau!

3. SUSU FULL CREAM – KANDUNGAN KEBAIKAN SEMULA JADI DAN TIDAK MENGGEMUKKAN

Apabila ditanya sama ada susu full cream menggemukkan, Dr. Suriyakhatun dengan pantas menjawab ‘tidak’. Menurut beliau, susu memang boleh menambah berat badan seseorang tapi hanya apabila ia diambil secara berlebihan dan tidak terkawal.

Misalnya setiap kali selepas makan nasi atau mengambil makanan berat, anda terus minum susu. Amalan ini sesuai untuk orang kurus saja. Tambah Dr. Suriyakhatun lagi, susu full cream sebaliknya mempunyai khasiat lebih lengkap berbanding pilihan susu lain yang berada di pasaran.

Jadi, sebenarnya anda tak perlu risau pun soal berat badan kerana sebenarnya banyak lagi makanan lain yang boleh menggemukkan. Tambahan pula, kandungan nutrisi dalam susu full cream adalah kandungan semula jadinya.

4. PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN PUNCA ANAK HILANG SELERA MAKAN

Menurut Dr. Suriyakhatun, berdasarkan pemerhatian beliau, boleh dikatakan kebanyakan minuman dan makanan yang berada di pasaran Malaysia mengandungi gula, perisa dan bahan tambahan lain.

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak yang diberi makanan dan minuman dengan kandungan gula tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan mereka cepat hilang selera makan, cenderung menjadi hiperaktif dan berisiko mendapat pelbagai masalah lain termasuklah alergi, penyakit kulit dan kerosakan gigi.

Oleh kerana susu merupakan sebahagian diet penting kanak-kanak, Dr Suriyakhatun berulang kali menyarankan jenama Fernleaf Full Cream sepanjang sesi temu bual dengan beliau. Menurut beliau, selepas membuat semakan label satu persatu, setakat ini hanya produk ini saja yang diyakini yang paling sedikit mengandungi bahan tambahan lain.

“Mereka kena bayar saya royalti..”

Beliau juga sempat berseloroh yang beliau sebenarnya secara tidak sengaja pernah mempromosikan jenama susu Fernleaf Full Cream ini dalam satu perkongsiannya di facebook. Namun, Dr. Suriyakhatun berpendapat mencadangkan sesuatu produk yang baik kepada masyarakat itu juga sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya. Anda boleh baca perkongsian Dr. Suriyakhatun di sini.

Hasil carian kami di facebook juga mendapati ramai ibu-ibu seperti Puan Mazura Masuri dan Puan Hidayatul Ismail mula berkongsi pengalaman tentang kebaikan susu Fernleaf Full Cream ni selepas penulisan Dr. Suriyakhatun di facebook tular beberapa tahun lalu.

5. SUSU IBU ADALAH SUSU YANG PALING BAGUS!

Jika anak anda sebelum ini minum susu badan ketika bayi, Tahniah! Anda telah membuat satu pilihan yang paling baik untuk anak anda. Menurut Dr. Suriyakhatun, susu ibu mempunyai nutrien mengikut keperluan tepat berdasarkan usia bayi dan ia memiliki antibodi yang tidak ada di dalam susu formula.

Pemberian susu ibu bukan saja mencukup­kan semua zat yang ­diperlukan bayi untuk membesar, malah ia juga meningkatkan sistem pertahanan bayi. Teruskan memberi susu ibu selama mungkin. Walaupun begitu, ramai ibu mulai mencari gantian untuk susu ibu apabila anak mencapai umur 1 tahun kerana kekurangan susu badan.

Ibu-ibu boleh memberikan susu jenis full cream seperti Fernleaf. Lagi bagus jika anda terus ajar mereka minum susu dalam cawan atau gelas saja kerana ia lebih elok berbanding amalan penggunaan botol susu.

6. SEMAK LABEL SEBELUM BELI

Tips seterusnya sewaktu nak pilih susu untuk keluarga ialah lihat saja di bahagian label dan pilih susu yang paling pendek senarai ramuannya. Untuk dapatkan lebih kepastian, kami di Sirap Limau juga ada mencuba sendiri memeriksa label produk susu Fernleaf full cream di pasaraya, ternyata memang betul! Senarai kandungannya lebih pendek berbanding susu lain.

BUAT PILIHAN TERBAIK UNTUK KELUARGA ANDA

Jadi ibu sekalian, adakah anda sudah memilih susu yang terbaik untuk anak anda? Apa yang pasti, lepas ni kalau nak beli susu, sentiasalah periksa labelnya dulu ya!

 

Kredit artikel dari Sirap Limau: https://siraplimau.com/susu-punca-anak-hiperaktif-kurang-selera-makan-doktor-ini-ada-nasihat-untuk-anda/