Ais Krim Payasam
serves
4
30
mins
Ramuan
- ½ cawan sago
- 5 cawan air
- 8 sudu Susu Penuh Krim Fernleaf
- 1 cawan gula melaka
- ½ camca serbuk pelaga
- 1 sudu minyak sapi
- ¼ cawan kacang gajus
- ⅓ cawan kismin hitam dan emas
Tambahan
1 cubit safron
Cara-cara
- Adun sebati gula melaka dengan 3 cawan air.
- Panaskan minyak sapi dan tambah kacang gajus serta kismis dalam kuali. Goreng sehingga perang keemasan. Matikan api dan biarkan.
- Dalam satu lagi pot, didihkan sago dalam 2 cawan air sehingga sago masak.
- Campurkan Susu Penuh Krim Fernleaf dan serbuk pelaga ke dalam air gula melaka. Tambahkan ini dalam campuran sago
- Tambah safron (jika diguna) bersama sago dan masak hingga campuran jadi tebal.
- Padamkan api dan biarkan campuran sejuk sebentar.
- Asingkan kacang gajus dan kismis ke dalam 4 bahagian dan tempatkan setiap bahagian ke dalam acuan ais krim.
- Penuhkan 4 acuan ais krim dengan campuran sago yang telah disejukkan. Tempatkan acuan ais krim ke dalam peti pembeku dan hidangkan setelah campuran telah beku.