Stik Batang Sayur dengan Celupan Avokado dengan Yogurt (Snek kanak-kanak & Cadangan Bekalan Makan Tengah hari)
serves
2
5
mins
Celupan Avokado & Yogurt ini merupakan snek paling mudah untuk dibuat! Mesti kanak-kanak suka lagi dan lagi. Letak dalam bekas dan pek bersama sayur-sayuran untuk snek makan tengah hari.
Bahan-bahan:
- Fernleaf Greek Natural Yoghurt
- 1 biji Avocado
- Garam & Lada sulah
- 1 batang lobak merah, dikupas & dipotong memanjang menjadi stik
- ¼ batang timun batang, dibuang biji dan dipotong menjadi stik
- ½ batang saderi, dipotong menjadi stik
Cara:
- Kisarkan yogurt dan buah avokado bersama-sama sehingga gebu. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Hidangkan celupan dengan lobak merah, timun batang dan batang saderi. Sungguh mudah.