Kek Bun mini Beri Biru Bersadur Coklat Putih 

serves 12
15 mins

Kek bun mini Beri Biru bersadur coklat putih, hidangan sempurna saat berpesta atau ketika jamuan makan. Boleh sahaja dihidangkan bersama yogurt campuran beri yang bakal memikat selera tetamu atau jadikan sebagai hidangan selingan saat anda inginkan rasa penuh kemewahan.

Bahan-bahan:  

Untuk kek:

 

  • 1 ½ cawan tepung gandum  
  • 1 cawan gula 
  • ½ sdt baking soda  
  • ¾ sdt serbuk penaik 
  • ¼ sdt garam 
  • 115g mentega Anchor, dilembutkan 
  • ½ cawan krim masam 
  • 2 biji telur  
  • Jus ½ biji lemon 
  • ½ cawan beri biru segar dinyahbeku 
  • 2-3 sdb Fernleaf Natural Yogurt

Untuk saduran coklat putih:

 

  • 1 cawan titisan coklat putih 
  • ¼ cawan krim Anchor 
  • Rasberi kering disejukbeku

Sediakan 12 cup mini bundt tray.

Cara: 

1. Panaskan oven sehingga 180C. 

2. Gris dan tepungkan loyang mini.

3. Ayak tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk adunan dan adukkan bersama-sama.

4. Pukul mentega dan gula dengan tangan atau pengadun sehingga ringan dan gebu. Tambah telur, kacau sebati dan tambah jus lemon.  

5. Tambah beri biru dan campuran tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata. Adukkan krim masam dan sesudu besar yogurt, tambah yogurt sehingga mendapat konsistensi yang tepat.

6. Ceduk adunan ke dalam loyang mini.  

7. Bakar 20-25 minit, sehingga masak. Anda boleh menguji dengan mencucukkan lidi sate, jika lidi bersih bila dikeluarkan, kek telahpun masak. Terbalikkan ke atas rak penyejuk dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.  

8. Cairkan butiran coklat putih dalam ketuhar gelombang mikro. Kacau bersama krim.

9. Sadur bun mini dengan coklat putih dan hiaskan dengan rasberi kering yang telah disejuk beku.