Ayam Masak Beriani 

serves 6
50 mins

Ramuan

Ayam

  • 1½ kg ayam, siap dicincang 
  • 1 camca garam 
  • 4 sudu Susu Penuh Krim Fernleaf 
  • 1 cawan air suam 
  • 1 sudu jus lemon 
  • 1 sudu minyak sapi 
  • 3 sudu minyak sayur

Ramuan A

  • 2 batang kayu manis 
  • 5 biji bunga cengkih 
  • 5 biji buah pelaga 
  • 1 biji bawang besar, dipotong

Ramuan B

  • 5cm kepingan halia
  • 10 biji bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili hijau
  • 1 biji bawang hijau
  • 3 tangkai ketumbar, siap dipotong
  • 3 tomato dipotong
  • 2 sudu puri tomato
  • 2 camca serbuk cili
  • 4 camca serbuk biji ketumbar
  • 2 camca serbuk jintan putih
  • 1 camca garam dan gula secukup rasa
  • 1 genggam daun pudina

Nasi

  • 3 cawan beras basmati siap dibasuh dan dikering
  • 2 sudu minyak sapi
  • 2 tangkai serai, ditembuk
  • 5 daun pandan, diikat simpul
  • ½ cawan Susu Penuh Krim Fernleaf
  • 4½ cawan air suam
  • 1¼ camca garam atau secukup rasa

Ramuan C

  • 2 biji bawang merah, dipotong
  • 3 biji bawang putih, dipotong
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelanga
  • 4 kuntum bunga cengkih

Untuk dihidang

Ramuan Hiasan

  • 1 genggam daun pudina
  • 1 genggam kacang gajus, dibakar
  • 1 genggam kismis
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit safron atau pewarna makanan (kuning)

Cara-cara

Ayam

  1. Adun sebati Susu Penuh Krim Fernleaf, air suam dan jus lemon. Biarkan selama 5 minit.
  2. Sapukan adunan Susu Penuh Krim Fernleaf dengan garam ke ketulan ayam. Perapkan selama 15 minit.
  3. Campurkan ramuan B dengan setengah cawan air.
  4. Panaskan minyak sapi dan minyak sayur. Gorengkan ramuan A hingga berbau harum.
  5. Masukkan ketulan ayam yang diperap dan tumis untuk seketika.
  6. Masukkan semua ramuan lain kecuali daun pudina dan masak ayam sehingga hampir kering.
  7. Masukkan daun pudina dan masak selama 5 minit

Nasi

  1. Adun semua Susu Penuh Krim Fernleaf dan air suam.
  2. Panaskan minyak sapi dan gorengkan ramuan C sehingga berbau harum.
  3. Tambah nasi dan tumis untuk seketika.
  4. Pindahkan nasi ke periuk nasi. Tambah campuran Susu Penuh Krim Fernleaf dan lebihan ramuan dan kacau perlahan.
  5. Hidupkan periuk nasi. Apabila nasi sudah masak, asingkan semua herba dan rempa

Untuk dihidang

  1. Larutkan 1 cubit safron dalam cawan yang dipenuhi satu pertiga air suam. Selain safron anda juga boleh gunakan pewarna makanan berwarna kuning.
  2. Adun sebati Susu Penuh Krim Fernleaf dan satu pertiga air suam yang tadi.
  3. Adun air safron, campuran Susu Penuh Krim Fernleaf, air ros dan minyak sapi.
  4. Pindah dua pertiga nasi yang dimasak daripada periuk nasi ke dalam mangkuk yang sesuai.
  5. Tambah campuran air safron dan adun sebati.   
  6. Pindahkan nasi safron kembali ke periuk nasi dan adun secara perlahan.
  7. Keluarkan separuh nasi dari periuk nasi.
  8. Tambah ayam yang telah masak dengan sos di atas nasi di dalam periuk nasi.
  9. Tindihkan ayam dengan nasi. Hiaskan dengan ramuan perhiasan.  .
  10. Hidupkan periuk nasi dan hidangkan setelah siap.