Pot Coklat Rasberi 

serves
- mins

Bahan-bahan: 

  • 100ml Krim Putar Anchor 
  • 100g Fernleaf Protein+ Natural Yoghurt 
  • 200g Krim Keju Anchor 
  • 100g gula kastor 
  • 180g coklat gelap, dicairkan dan disejukkan 
  • 150g biskut coklat, dihancurkan 
  • Rasberi segar, untuk lapisan

 

Arahan: 

  1. Pukul krim putar sehingga lembut dan bertanduk. Kaupkan bersama yogurt, kemudian ketepikan.
  2.  Pukul krim keju dan gula bersama-sama. Tambahkan coklat cair yang disejukkan dan pukul sehingga sebati. Tambahkan campuran krim dan yogurt tadi ke dalam adunan dan gaul rata sampai sebati.
  3. Lapisi setiap gelas hidangan dengan hancuran biskut, campuran coklat kemudian rasberi. Diikuti satu lagi lapisan campuran coklat dan rasberi, serta taburkan hancuran biskut ke atasnya. 
  4. Sejukkan sekurang-kurangnya satu jam di dalam peti sejuk, barulah dimakan.