Daging Stroganoff
serves
50
mins
Bahan-bahan
- 500gm daging lembu muda, hiris nipis
- 8 biji cendawan butang segar, hiris nipis
- 1 biji bawang besar, cincang dadu
- 4 sudu besar Susu Tepung Fernleaf Full Cream + 236ml air, bancuh
- 6 sudu besar Mentega Anchor (unsalted)
- 1 biji lemon, perah jusnya
- ½ sudu kecil tarragon kering
- Sedikit serbuk buah pala
- Grama dan lada sulah secukupnya
Cara Memasak
- Di dalam mangkuk, campurkan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan just lemon. Tutup dengan plastik cling wrap selama 15-20 minit.
- Cairkan dua sudu besar mentega di dalam kuali. Goreng hirisan daging hingga perang dia kedua-dua bahagian. Tabur dengan sedikit garam dan lada sulah. Angkat dari kuali dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tambah dua sudu besar lagi mentega. Tumis bawang hingga layu. Angkat bawang dari kuali dan ketepikan.
- Masih menggunakan kuali yang sama, tambah lebihan mentega dan tumis hirisan cendawan hingga layu. Tabur tarragon kering dan serbuk buat pala. Kacau sebati.
- Masukkan semula daging dan bawang tadi. Tambah campuran Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan jus lemon, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Masak seminit dua lagi hingga semua bahan sebati (jangan sampai kuah mendidih) dan tutup api.
- Hidangkan Daging Stroganoff bersama nasi mentega atau pasta rebus.