Kubis Bunga Salad  

serves 4
20 mins

Kubis bunga berempah dan campuran kacang kuda bersama bayam, kuskus, kismis, almond dan herba segar yang ditaburi yogurt tahini. Hidangan salad sempurna untuk jamuan seisi keluarga.

Bahan-bahan:  

Untuk Kubis Bunga

  • 1 biji kubis bunga- tebal
  • 1 tin kacang kuda  
  • 1 sdt garam masala  
  • 1 sdt kunyit  
  • 1 sdt madu  
  • 2 sdb minyak kelapa  

Untuk kuah 

 

  • 1 sdb Tahini  
  • 1 cawan Fernleaf Natural Yoghurt  
  • 1 biji lemon – jus dan diparut kulitnya  

Untuk hidangan 

 

  • ½ beg bayam  
  • 1 paket kuskus ayam dan lemon 
  • Segenggam kismis
  • Segenggam kacang Almond, dicincang kasar
  • Segenggam daun ketumbar dan parsli-dicincang kasar

 

Cara:  

  1. Panaskan oven ke suhu 210C dan lapiskan kertas pacmen di atas dulang pembakar. 
  2. Renjiskan minyak kelapa, garam masala, kunyit dan madu. 
  3. Letakkan kepingan kubis bunga di atas campuran dan ulangi proses yang sama bagi memastikan kubis bunga bersalut dengan sekata.
  4. Bakar selama 30 minit sehingga keemasan. Tambah kacang kuda dan bakar lagi selama 10 minit.
  5. Dalam mangkuk kecil, campurkan bahan untuk kuah salad. Ketepikan. 
  6. Masak kuskus seperti mana arahan penyediaan pada paket bungkusan.
  7. Campurkan bayam, kuskus, kismis, kacang almond dicincang dan herba di dalam mangkuk besar. Hiaskan salad dengan kuah Tahini Yogurt.
  8. Hidangkan salad kuskus dengan bunga bukis bakar, kacang kuda serta disirami dengan kuah salad. Sedia untuk dinikmati. Cubalah!