Kurma Kambing 

serves 6
50 mins

Ramuan

  • 1kg daging kambing, potong dadu
  • 1 1/2 camca serbuk kunyit
  • 5 sudu besar serbuk kurma
  • 3 sudu besar minyak sayuran
  • 3/4 cawan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf
  • 6 cawan air suam
  • 6 tomato, dicincang
  • 4 biji ubi kentang, dibelah 4
  • 3 biji cili hijau, ikut kesukaan, potong setengah
  • 1 1/2 sudu teh atau secukup rasa garam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Sedikit daun ketumbar 

Ramuan A

  • 7cm halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 saiz sederhana bawang besar
  • 3 cili hijau

Ramuan B

  • 1 biji bawang besar, dicincang 
  • 2 kulit kayu manis 
  • 1 biji bunga lawang 
  • 4 kuntum bunga cengkih 
  • 4 biji buah pelaga 
  • 2 tangkai daun kari

Cara-cara:

  1. Campurkan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf dengan 6 cawan air suam.
  2. Kisarkan ramuan A dengan 1/2 cawan air.
  3. Campurkan serbuk kurma, serbuk kunyit dan ramuan A yang telah dikisar.
  4. Panaskan minyak sayuran dan goreng ramuan B sehingga wangi.
  5. Masukkan ramuan yang telah dikisar (ramuan A) dan tumis sehingga wangi.
  6. Tambah bancuhan Susu Penuh Krim Fernleaf, daging, kambing dan ramuan yang lain kecuali ubi kentang dan cili hijau dan masak kira-kira 1 jam.
  7. Masukkan ubi kentang, garam dan cili hijau dan masakkan lagi selama 1/2 jam atau sehingga daging kambing lembut.
  8. Sebelum dihidangkan, kacau, masuk jus lemon dan hiaskan dengan daun ketumbar.