Yogurt Beku Mentega Kacang
serves
5
mins
Nak buat aiskrim? Tak pernah semudah ini. Hanya 5 minit diperlukan untuk menyediakan yogurt beku masin manis mentega kacang dan siap untuk dimakan selepas 2 jam dibekukan. Semestinya menjadi kesukaan semua pada musim panas!
Bahan-bahan:
- 2 cawan Fernleaf Greek Yoghurt
- 2 cawan Peanut Butter Crunchy
- 2 sdb Madu
- 7 biji pisang dipotong dan dibekukan
- ½ sdt Sea Salt
- ¾ cawan Cip Coklat Gelap
Cara:
- Kisarkan yogurt, mentega kacang, madu dan pisang beku di dalam pengisar sehingga lembut.
- Tuang separuh adunan ke dalam loyang sejuk beku. Taburkan garam laut dan cip coklat gelap di atasnya, kemudian tambah separuh lagi adunan dan ratakan.
- Titik dengan sedikit mentega kacang ekstra dan dengan sudu bentukkan dengan bentuk berpusing ke atas. Taburkan lebih banyak cip coklat dan garam.
- Sejuk bekukan selama 2 jam dan ceduk untuk menghidang. Jika anda sejuk beku dengan lebih lama, hanya biarkan pada suhu bilik selama 10 minit sebelum menghidang.