Sarapan Pagi dengan Tropika Cawan
serves
4
15
mins
Nikmati sarapan pagi yang sihat dan ringan. Hidangan yang pasti membuatkan anda terkenang-kenang! Sarapan ini dipenuhi dengan yogurt berkrim dan buah—buahan segar. Semestinya bakal menjadi pilihan anda mulai sekarang.
Bahan-bahan:
- ½ biji buah nenas segar, dikupas, dan dipotong berbentuk kiub. Simpan beberapa potongan sebagai hiasan.
- 1 biji mangga, dikupas dan dipotong berbentuk kiub
- 4 biji markisa, diambil pulpa
- 2 biji limau nipis, dibelah dua
- Segenggam daun pudina segar dicincang
- 2 cawan muesli/granola
- 2 cawan yogurt Fernleaf Natural
- 4 sdt madu
- ½ cawan kelapa parut
Cara:
- Goreng tanpa minyak kelapa parut dalam kuali tak melekat dengan kepanasan sederhana sehingga garing dan keemasan. Ketepikan.
- Dalam mangkuk adunan gaul mangga, nanas, pulpa buah markisa, jus limau nipis dan daun pudina. Ketepikan.
- Dengan menggunakan gelas kecil yang comel, bina cawan sarapan pagi anda! Lapisi dengan buah, bijirin, yogurt dan madu. Ulangi lapisan sehingga 2 atau 3 lapisan bergantung kepada saiz gelas.
- Hias bahagian atas dengan parutan kelapa, nenas serta titisan madu.